Wednesday 4 July 2007

Apakah Sendiwara Ezam kali ini??

Lagi satu berita hangat mengenai pergolakan yang berlaku di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bekas ketua pemudanya, Ezam Mohd. Nor telah mengesahkan bahawa beliau bukan lagi ahli parti tersebut sejak 4 April lalu.

Apa sudah jadi? Seperti yang diketahui ramai, Ezam merupakan ketua pemuda pertama parti yang dilancarkan di sebuah hotel terkemuka pada 4 April 1999 malahan dia merupakan orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim!Ini merupakan satu kejutan besar kerana bukan sahaja beliau (Ezam) keluar daripada PKR malahan dia turut menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).

Dengan tertubuhnya GERAK, adakah beliau akan menentang Anuar? Segala-galanya berkemungkinan.

Walaupun Ezam menyatakan bahawa, perjuangan tulen untuk rakyat tidak harus disempitkan hanya dalam wadah satu parti sahaja, secara tidak langsung kata-katanya turut mencerminkan apa sebenarnya yang berlaku di dalam PKR.

Bukti tersebut turut diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Ezam bahawa beliau tidak mahu terlibat dalam petty politiking dan juga narrow inner circle poltics in PKR.

Kenyataan tersebut secara tidak langsung membuka pekung di dada PKR sendiri. Bagaimanapun apa sebenarnya yang dicari oleh Ezam? Adakah kedudukan atau pangkat yang tinggi di dalam PKR menjadi idaman?

Penulis yakin pembaca yang membaca artikel ini dapat menilai sendiri apa yang terjadi, akan terjadi dan apakah kemahuan Ezam sebenarnya?Di sini penulis sertakan sedikit latar belakang Ezam untuk pengetahuan pembaca. Ezam merupakan bekas setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada 2 September 1998.Tidak lama selepas itu, beliau telah meninggalkan negara dan beliau turut membuat kenyataan terbuka kepada media bahawa Anwar telah dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara (ketika itu) Tan Sri Rahim Noor di dalam lokap polis Bukit Aman.

Enam bulan kemudian, Ezam kembali semula dan seterusnya menyertai dan diamanahkan menjadi ketua pemuda parti Keadilan Nasional (keADILan) (ketika itu) dan terus memimpin sayap pemuda parti itu selepas ia bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Ogos 2003. Beliau juga pernah meringkuk beberapa kali di dalam lokap polis, selain di penjara di Penjara Kajang selama setahun selepas di dapati bersalah mendedahkan dokumen sulit kerajaan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA). Ezam juga pernah ditahan bersama empat lagi pemimpin PKR di Kem Kamunting menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Jun 2001.

Sementara itu, khabar angin mengenai beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri tidak dinafikan malah Ezam menyatakan bahawa beliau akan membuat kenyataan khas mengenai perkara tersebut.
Sama-samalah kita saksikan, apakah pula sandiwara Ezam kali ini. Tungguuuuuuuuu.

1 comment:

Anonymous said...

Keputusan Ezam menyertai UMNO semula semalam memang sudah dijangkakan. Agak ramai yang berangapan, hayat perjuangan PKR tidak akan lama di persada politik tanahair. Begitu juga dengan kerjasamanya dengan DAP dan PAS, tidak akan berpanjangan. Barangkali agak keterlaluan untuk saya katakan buat masa sekarang bahawa aset paling utama dan paling berharga PKR adalah Anwar Ibrahim dan kelemahan UMNO pada hari ini. Ketiadaan Anwar, juga pembaikpulihan yang berlaku dalam UMNO akan meletakkan PKR dalam keadan hilang puncanya. Akhirnya, akan berkubur sebagaimana berkuburnya Parti Melayu Semangat 46 pada satu ketika dulu.
Soal apa strategi Ezam memasuki UMNO semula, hanya dia dan Allah S.W.T saja yang tahu. Cuma apa yang kita harapkan, ianya adalah keputusan yang mampu membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Atas dasar itu juga, tak salah rasanya kalau secara jelas saya nyatakan bahawa Anwar Ibrahim patut kembali semula ke dalam UMNO. Wassaam